Satu lagi jenis hiasan yang tergantung di leher dan yang paling popular semenjak dua ratus tahun yang lampau khususnya di pantai timur ialah dokoh.
Dokoh dicipta dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa rekabentuk sampingan yang dicantumkan di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. Manakala di bahagian bawahnya disediakan pula kepingan yang bertingkat-tingkat ataupun hanya terdiri daripada satu atau dua keping sahaja. Kepingan dokoh ini biasanya dihiasi dengan corak yang bermotif daun sukun dengan menggunakan berbagai-bagai teknik. Di antara teknik yang paling popular ialah pahat silat yang berunsurkan berbagai-bagai variasi motif alam semula jadi.

Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan menggunakan rantai di kirinya dan di kanannya. Dokoh ini biasanya berbentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun yang menarik. Sudah menjadi amalan tukang-tukang untuk merekacorakkan dokoh dengan berbagai-bagai ragam hias dan ada di antaranya bertatahkan batu permata yang berwarna-warni.
Dokoh
Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa dan yang tidak boleh ditinggalkan dalam istiadat perkahwinan;pengantin perempuan dan juga pengantin lelaki memakai dokoh untuk menimbulkan keserian.
Dokoh seperti ini terdapat di seluruh Nusantara dan ada yang mengatakan bahawa dokoh telah diperkenalkan oleh orang India seolah-olah menggantikan kalungan bunga malai yang lazim dipakai oleh orang India. Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat dibentuk dengan kepingan leper dan tidak begitu berat jika dibandingkan dengan dokoh yang hanya satu keping yang biasanya dibentuk secara tiga dimensi untuk membolehkan damar cair dituangkan ke dalamnya supaya menjadi tegap dan berat.
Sumber dipetik dari http://malaysiana.pnm.my/ , http://melayuonline.com/ dan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka bertajuk "Barang Kemas Melayu Tradisi" oleh Mohd Kassim Haji Ali.
2 comments:
Baguslah maklumat nih. Semoga murah rezeki. :)
terima kasih :)
Post a Comment